PROGRAM MyTECH PITCH ANJURAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Program MyTech Pitch anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah merupakan platform pitching yang menemukan penyelidik inovasi produk yang terpilih dengan bakal startups/venture capitals/angel investors sebagai salah usaha MOSTI untuk melonjakkan aktiviti pengkomersialan R&D tempatan. Program MyTech Pitch diadakan secara atas talian pada setiap bulan berdasarkan konsep meet-up.

Sesi pertama Program MyTech Pitch pada kali ini telah diadakan pada 15 Mac 2021 yang melibatkan 15 orang penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi. Tiga wakil penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah terpilih sebagai finalis bagi program MyTech Pitch pada kali ini adalah Ts. Dr. Mardawani Mohamad, Ts. Nor Dini Rusli dan ChM. Dr. Krishna Veni Veloo. Program MyTech Pitch telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Seterusnya taklimat Program oleh YBrs. Dr. Nor Azlina Ariffin yang merupakan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI.

Wakil FBKT iaitu Ts. Dr. Mardawani Mohamad telah membentangkan projek inovasi bertajuk “K-BioZyme: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery System”. Penyelidik diminta untuk membuat sesi pembentangan selama 5 minit bagi sesi pitching. Seterusnya, startups/venture capital/angel investor yang berminat akan dapat berbincang dengan lebih lanjut bersama penyelidik di break-room yang disediakan selepas keseluruhan sesi pembentangan. Sesi pitching ini secara keseluruhannya memberi peluang kepada para penyelidik untuk mempromosikan penemuan, inovasi dan hasil penyelidikan mereka kepada bakal pelabur dan pemain industri, di samping bertukar maklumat, mengenai teknologi dan produk R&D tempatan di kalangan penyelidik/technopreneur.

Disediakan oleh,

TS. DR. MARDAWANI MOHAMAD